JOHOR BAHRU: Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang hari ini membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang membuat hantaran didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang Matyasir Ahmad Basir membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini pagi tadi.
Beliau berkata hantaran pemilik akaun Facebook bernama "Hezry Yasin" yang dipercayai seorang pemimpin muda sebuah parti politik, disifatkan berunsur fitnah dan menghina institusi diraja.
"Laporan polis ini dibuat supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang sewajarnya kerana kita tidak mahu isu dan perkara sebegini akan mengundang rasa tidak hormat dan penghinaan kepada institusi diraja berterusan," katanya ketika ditemui di pekarangan IPD Seri Alam di sini hari ini.
Pemilik akaun Facebook itu dalam hantarannya menyatakan beliau tidak menadahkan tangan ketika bacaan doa dibacakan untuk Yang di-Pertuan Agong dan keluarga diraja semasa khutbah solat Jumaat di sebuah masjid di Johor.
Pemilik akaun tersebut turut mendakwa doanya hanya diberi kepada pemimpin yang meletakkan agama sebagai nombor satu serta memperjuang dan mempertahankan Islam ketika agama diancam.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.
Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 14 2024
Matyasir (dua, kiri) bersama beberapa ahli Pemuda UMNO Pasir Gudang menunjukkan laporan polis di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Seri Alam hari ini. - Foto Bernama
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Hina Yang di-Pertuan Agong, Pemuda UMNO Pasir Gudang buat laporan polis
Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang membuat hantaran didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong.